Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes bertambah kepada 36,514 sejak negara dilanda pandemik ini Mac tahun 2020.

Daripada jumlah itu dua kematian berlaku di luar hospital.

KKMNOW berkata, jumlah kes baharu dalam tempoh sama sebanyak 3,267, sekali gus angka kumatif kepada 4,898,624.

Kes aktif sebanyak 34,829 dengan 33,103 dikuarantin di rumah.

Manakala kes yang dirawat di hospital sebanyak 1,635 dengan 91 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 63 memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast