KUALA LUMPUR – Gerakan Tanah Air (GTA) dijadual akan mengumumkan manifestonya malam ini.
Menurut sebaran yang diberikan kepada media, pengumuman akan dilakukan jam 9 malam ini oleh pengerusi penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Pengumuman khas Gerakan Tanah Air ‘Gerakan demi tanah air’ oleh Tun Dr Mahathir Mohamad,” tulis sebaran itu.
Ia akan dibuat secara langsung menerusi Facebook Mahathir dan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).
Untuk rekod, GTA merupakan gabungan terakhir yang akan mengumumkan manifestonya.
Minggu ini, ketiga-tiga gabungan parti utama yang berentap pada PRU15 sudah pun melancarkan manifesto masing-masing, dengan BN menampilkan PADU bersama 99 tawaran.
PN pula mengetengahkan 234 tawaran berteraskan 12 tunjang melalui 30 pendekatan, termasuk pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN, manakala PH pula memberikan 10 tawaran utama (PRU15) bagi memulihkan Malaysia dan membina ekonomi masa depan. – MalaysiaGazette