Pegawai kanan polis Pulau Pinang menunaikan tanggungjawab undi pos di IPK Pulau Pinang hari ini. Gambar - FB PDRM

GEORGE TOWN – Seramai 48 pegawai dan anggota polis Kontinjen Pulau Pinang yang berdaftar sebagai pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah menunaikan tanggungjawab mengundi pos masing-masing hari ini.

Berdasarkan hantar di Facebook rasmi PDRM Pulau Pinang, kesemua  mereka membuang undi seawal jam 8.30 pagi bertempat di Kafeteria Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Undi Pos merupakan kaedah dibenarkan di bawah Akta Pilihan Raya 1958 yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), bagi memudahkan golongan tertentu menjalankan kewajipan mereka untuk mengundi pemimpin pilihan masing-masing.

Selain polis, golongan yang layak mengundi secara pos adalah petugas pilihan raya, tentera, pengamal media serta kakitangan sembilan agensi dan jabatan kerajaan yang tidak boleh keluar mengundi pada hari pengundian.

SPR menetapkan hari mengundi pada 19 November ini dengan hari pengundian awal pada 15 November. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast