KUALA LUMPUR – Barisan Nasional Parlimen Batu tidak akan mengambil mudah pertembungan 10 penjuru di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 kali ini bagi merealisasikan misi merampas semula kerusi yang didominasi parti lawan selama 15 tahun.
Pengerusi dan juga Pengarah Pilihan Raya BN Batu, Datuk Seri Yahaya Md Ghani berkata, BN pasti akan membuat kejutan dan merampas kerusi tersebut pada kali ini.
“Kami tidak kisah melawan calon berlambang pokok, kerusi, cermin mata, gajah, Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN)
“Kami akan terus menggandakan usaha dan menterjemahkannya dalam bentuk kemenangan kepada calon kita. Wakil rakyat yang ada hari ini kita nyahkan dia kerana 15 tahun dalam cengkaman pembangkang adalah satu masa lama bagi saya.
“Inilah masanya untuk kita menolak mereka sebab dia tak pernah bantu kita, tak pernah ambil tahu hal rakyat Parlimen Batu. Oleh itu kita akan gerakkan jentera untuk memujuk seramai mungkin pengundi,” katanya dalam sidang media bersama Kohilan Pillay selepas melancarkan Manifesto Aku Janji BN untuk Keluarga Batu di Taman Billion Bandar Baru Sentul malam tadi.
Yahaya menjelaskan, Datuk A. Kohilan Pillay atau lebih mesra dipanggil Cikgu Kohilan bulan orang asing kepada Parlimen Batu.

Yahaya juga meminta jentera BN membuang perkara negatif dan meneruskan usaha meraih undi dan memenangkan calon BN kali ini tanpa memikirkan balasan untuk hasil kerja keras kali ini.
“Jangan fikir soal apa kita dapat hari ini, jangan fiir aku tak dapat apa walaupun bekerja, yang penting adalah selepas dia menang apa beliau boleh bantu kita, soal remeh-temeh ketepikan, berdiri teguh menyumbang satu kerusi kepada BN kali ini.
Mengulas mengenai manifesto merangkumi sembilan teras utama, pelbagai teras menarik umpama pembangunan Pusat teknologi Maklumat dan peranti percuma kepada anak muda golongan B40 di Batu.
Katanya, dengan berbekalkan semangat manifesto, jentera BN akan mengedarkan janji-janji yang ditawarkan kepada rakyat Parlimen Batu.

Ditanya mengenai peluang BN merampas semula kerusi itu pada kali ini, Yahaya menjelaskan terdapat 51,000 pengundi Melayu di Batu dan selepas membuat pemutihan hampir 40,000 telah didekati.
“Jika melihat pada rekod PRU lepas untuk menangkan kerusi ini kepada BN kita hanya memerlukan lebih 28,000 hingga 32,0000 undi Melayu untuk mencerahkan peluang merampas semula kerusi Batu.
“Pengundi muda iaitu berumur 18 tahun mereka belum matang dan majoritinya akan ikut kehendak keluarga mereka. Manakala yang sudah berusia 21 tahun ada pendirian sedikit dan BN Batui telah banyak berhubung dengan mereka dan menunaikan segala kehendak mereka dan insya Allah undi muda akan menyokong kita juga kali ini,” tegasnya. – MalaysiaGazette