Operasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis petang ini.

SUBANG – Menteri Pengangkutan enggan melayan desakan supaya  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rapid Rail, Azharuddin Mat Shah dipecat susulan penggantungan sementara operasi LRT Laluan Kelana Jaya akibat berlakunya gangguan di pusat kawalan.

Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan, tugasnya pada waktu ini adalah bersama-sama dengan Prasarana untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

“Saya di sini untuk menyelesaikan masalah bukan timbulkan masalah.Saya di sini untuk mencari jalan penyelesaian dan memastikan nyawa rakyat Malaysia (pengguna LRT) selamat.

”Bagi saya anda boleh ajukan semula soalan ini kepada yang bertanya,” tegas beliau.

Sebelum itu, Wee menerima taklimat berkenaan perkembangan semasa tentang proses penambahbaikan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang terjejas sejak Sabtu yang lalu.

Susulan penggantungan operasi itu, banyak pihak mencadangkan Azharuddin dipecat. – MalaysiaGazette