PHNOM PENH- Pemimpin Asean hari ini sepakat menerima Timor-Leste menyertai blok tersebut.
Perkara itu diumumkan Kemboja selaku tuan rumah Sidang Kemuncak Asean dalam satu kenyataan.
Timor-Leste adalah negara ‘termuda’ di Asia Tenggara, dengan memperoleh kemerdekaan daripada Indonesia pada 2002 selepas pendudukan selama 24 tahun.
Para pemimpin Asean turut bersetuju memberikan status pemerhati dan hak kepada Timor-Leste untuk menghadiri sesi sidang kemuncak serta mesyuarat ASEAN.
Susulan itu, blok berkenaan akan merangka pelan hala tuju yang menetapkan kriteria perlu dipenuhi Timor-Leste sebelum negara terbabit dianugerahkan status keahlian penuh.
Bekas tanah jajahan Portugis itu merupakan antara negara termiskin di dunia, selain berdepan kemelut ketidaksaksamaan, kekurangan zat makanan dan pengangguran.- Agensi