Kredit foto Bomba Kedah

ALOR SETAR – Sebuah feri yang dalam proses pembaikan di limbungan kapal di Bukit Malut dekat Langkawi terbakar, petang semalam.

Ketua Bomba Zon Langkawi Penguasa Bomba Mohd Fadzullah Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5 petang.

“Kebakaran berlaku ketika proses pembaikan sedang dilakukan dan melibatkan bilik enjin feri berkenaan, bagaimanapun ia tidak melibatkan mangsa dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan air dan 11 tong buih pada peringkat pertama dan sebanyak 12 tong buih tambahan telah dihantar ke lokasi kejadian pada peringkat seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kebakaran telah berjaya dikawal pukul 6.46 petang dan proses pemadaman sedang giat dilakukan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast