Dua wanita maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Dua wanita maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala pusat bandar di sini, awal pagi tadi.

Insiden jam 3.50 pagi itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dinaiki tujuh individu termasuk dua mangsa itu dikatakan terbabas sebelum terlanggar penghadang jalan di bahagian kanan.

Kenderaan yang dinaiki tujuh mangsa berusia enam tahun hingga 54 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Juru menghala ke Bukit Gambir.

Keadaan MPV yang dinaiki mangsa bersama empat lagi individu.

Kenderaan yang dinaiki tujuh mangsa berusia enam tahun hingga 54 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Juru menghala ke Bukit Gambir.

Akibat pelanggaran itu, lima mangsa berusia tercampak keluar kecuali pemandu dan penumpang hadapan.

Impak tercampak keluar itu menyebabkan dua daripada mangsa iaitu wanita masing-masing berusia 25 serta 54 tahun maut di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hosital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Manakala empat mangsa termasuk dua kanak-kanak berusia enam dan sembilan tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Kes disiasat dibawah kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.