KUALA LUMPUR – Penyandang Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendakwa ada pihak yang membuat khianat terhadap bahan kempennya dengan menampal ‘sticker’ tidak berkenaan pada billboardnya di kawasan berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naiknya di TikTok, calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata tidak wajar untuk melakukan khianat terhadap bahan kempennya meskipun mempunyai ideologi politik yang berbeza.

“Kalau tidak setuju tidak apa tapi janganlah rosakkan bahan kempen orang, billboard saya. Kamu tampal dengan entah apa-apa.

“Buat apa nak rosakkan bahan kempen orang,” katanya.

Tambah beliau, perbezaan ideologi sepatutnya boleh disuarakan menerusi platform yang lebih baik seperti berhujah.

“Tidak setuju tidak apa, hujahlah. Saya pun bayar deposit bahan kempen kepada SPR jadi kenapa nak rosakkan, khianat buat apa?” soal beliau.

Dalam video yang dimuatnaiknya, kelihatan billboard kempen beliau di Lembah Pantai diletak dengan ‘sticker’ bertulis ‘kencing’ dan ‘hancing’.

Untuk rekod, Fahmi sedang berdepan dengan tiga calon lain pada PRU15 ini.

Mereka adalah Datuk Ramlan Askolani (Barisan Nasional (BN), Fauzi Abu Bakar (Perikatan Nasional (PN) dan Dr Noor Asmah Mohd Razalli (Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast