Figura (M) Sdn Bhd (Figura International) melancarkan produk terbaharu iaitu Figura Junior di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

KOTA BHARU – Kebimbangan ibu bapa terhadap prestasi akademik anak mereka dan pengambilan makanan yang tidak seimbang dan bernutrisi mendorong Figura (M) Sdn Bhd (Figura International) melancarkan produk terbaharu iaitu Figura Junior.

Ia merupkan makanan kesihatan yang baik untuk usus dan menguatkan sistem tubuh.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hafiz Khalid berkata, kesan pandemik Covid 19 yang melanda negara dua tahun lalu memberi impak besar kepada institusi pendidikan khususnya kepada pelajar yang terpaksa melalui Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) secara kelas dalam talian.

“Saya juga semakin bimbang apabila melihat cara pemakanan pelajar yang gemar mengambil makanan segera yang pasti mengundang kepada risiko kesihatan, katanya Ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbabit di Grand Riverview Hotel di sini baru-baru ini.

Produk Fugira Junior

Figura Junior diformulasi daripada bahan alami seperti Maquibery, Gingko Biloba, Saffron dan Fructo Oligosaccharides (FOS) mengandungi khasiat seperti vitamin, mineral, serat dan nutrien terbaik menjadikan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan usus serta menguatkan sistem imun.

Figura International, pengeluar produk kesihatan pertama di Malaysia yang disokong oleh tiga pakar perunding dan penyelidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof Emeritus Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad; Prof Dr. Wan Aida Wan Mustapha dan Prof Dr. Noor Hassim Ismail.

Melalui kerjasama itu, dua produk keluaran syarikat, Figura S dan Figura Coffee Latte telah diperkenalkan di pasaran pada bulan Julai dan November 2021.

Figura S mempunyai sijil pengiktirafan ORAC (Oxigen Radical Absorbance Capacity) dari UKM yang mengesahkan produk Figura S mengandungi tujuh kali ganda antioksidan berbanding vitamin C.

Sementara itu, pengarah pemasaran produk berkenaan, Mohamad Ridzuan Ahmad memberitahu, Figura International turut membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan melalui program bersistematik yang telah disediakan oleh syarikat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast