Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan melucut hak wang tunai sebanyak RM114 juta yang disita oleh polis pada tahun 2018 dari Pavilion Residences.- Gambar fail.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd berjumlah RM80 juta yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kerajaan cuba melucut hak barangan kemas, jam tangan mewah dan beg tangan yang dimiliki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas polis dari Pavilion Residences selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal untuk membuktikan pelbagai barangan mewah itu mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa rayuan akan dibuat terhadap keputusan itu dan memohon supaya tidak memulangkan barang-barang itu sementara menunggu proses rayuan.

Sebelum ini dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu, kerajaan antaranya menyita 11,991 unit barang kemas, jam tangan 401 utas dan 16 unit aksesori jam tangan, cermin mata 234 unit dan 306 beg tangan serta wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.

Sebahagian besar barangan mewah yang dirampas polis dilaporkan dari pangsapuri yang dimiliki oleh Obyu Holdings.

Selain itu, sebuah hartanah di daerah Kuala Lumpur turut disita pada 1 November 2018.

– Berita lanjut menyusul

1 Komen

  1. sebabkan fitnah inilah Najib teranaya…pelbagai persepsi dibuat sehingga beliau dihina dan dipenjarakan..baik korang minta maaf dgn Najib… masih nak pilih kerajaan fitnah 22 bulan lagi ke

Comments are closed.