Tan Sri Mohd. Zuki Ali (kiri) bersama Datuk Nor Azmie Diron. Foto: EPU

KUALA LUMPUR- Datuk Nor Azmie Diron dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Azmie yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun telah memegang pelbagai jawatan dan terakhir adalah Timbalan Ketua Pengarah (Makro) EPU.

“Saya percaya dengan pengalaman dan kredibiliti Nor Azmie dapat menjayakan visi EPU sebagai peneraju pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, progresif dan mampan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” kata Mohd. Zuki.- MalaysiaGazette