KUALA LUMPUR – Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) serta Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan forum perfileman “Antara cantik dan bakat di manakah magis pengukuh kredibiliti?” sempena sambutan Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32).
Menurut Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, objektif penganjuran forum ini juga untuk memaparkan realiti sebenar dalam dunia seni lakon di negara ini.
“Ramai yang mahu menjadi seorang pelakon yang hebat tetapi tidak ramai tahu teknik lakonan berkesan di skrin layar,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli-ahli panel terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim; Ahli Jawatankuasa, PersatuanPenerbit Filem Malaysia yang juga Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusuf Haslam; Seniwati Noor Kumalasari; pelakon Sharifah Rose dan Hariz Hamdan.
Aktor Fahrin Ahmad pula bertindak selaku moderator.
Forum dianjurkan secara percuma kepada orang ramai terutamanya pelajar perfileman, teater dan komunikasi.- MalaysiaGazette