Yunos Abd Ghani

 

KUALA LUMPUR – Datuk Yunos Abd Ghani dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Agrobank berkuatkuasa pada 12 November 2022 susulan penamatan perkhidmatan Datuk Mustapha Buang selama dua tahun.

Dalam kenyataan di sini, Agrobank berkata, Yunos merupakan Ahli Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Ahli Majlis Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM), Pengarah World Savings and Retail Banking Institute dan Bendahari Persatuan Badan-Badan Berkanun Malaysia.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah Agrobank menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Mustapha atas sumbangan serta sokongan beliau ketika berkhidmat di
Agrobank. Sepanjang dua tahun perkhidmatan.

Mustapha Buang telah menjalankan tanggungjawabnya demi kepentingan dan kesejahteraan bank serta memastikan standard tadbir urus korporat yang tertinggi dan berintegriti dilaksanakan di Agrobank.

“Beliau berjaya menerajui serta membantu perniagaan Agrobank berkembang positif ketika Malaysia dilanda dengan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette