Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) fobia dengan perkataan manifesto selepas gagal menunaikan janji pada pilihan raya yang lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, alasan demi alasan diberikan oleh pakatan tersebut kerana enggan mengakui kesilapan sendiri menabur janji yang tidak realisitik demi meraih undi.

“Mereka kata, hari ini menang, tol akan dihapuskan dalam masa 100 hari. Janji tidak payah bayar PTPTN, anak muda pun beritahu ibu bapa bagilah peluang sekali supaya tidak perlu bayar PTPTN sudah janji tidak tunai. Pakatan Harapan adalah pakatan hancing dan rakyat tidak boleh terima.

“Sebab itu bila kita dengan PH lancar “manifesto dia tukar kepada tawaran, kenapa tidak mahu sebut manifesto, sebab fobia, takut rakyat akan tanya mahu tipu lagikah?

“Lepas tu cakap dulu tidak boleh buat sebab Tun Mahathir sekarang tidak ada Tun M dalam PH jadi boleh buat,” katanya ketika Ceramah Perdana di PPR Kerinchi, Lembah Pantai malam ini.

Menurut beliau, janji-janji tidak realisitik itulah yang mengakibatkan Barisan Nasional (BN) kehilangan kubu kuat parti itu pada pilihan raya yang lalu.

“Ini tempat Taman Bukit Angkasa dulu adalah Kubu Kuat BN tetapi pilihan raya lepas menang sikit sahaja sebab ramai sudah termakan janji PH.

“Jangan salahkan rakyat, siapa tidak mahu kalau dijanji “hari ini kita menang esok harga minyak turun”

“Orang yang dengar akan cakap “tidak mungkinlah mereka berani bohong,” tambah beliau.- MalaysiaGazette