M Saravanan

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia menggesa agar pihak majikan mempertimbangkan pelepasan cuti am pada hari Jumaat dan Sabtu agi bagi nemberi peluang kepada para pekerja untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Hari pengundian Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 dijadualkan pada 19 November 2022 ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan cuti umum di seluruh negara
pada hari Jumaat, 18 November dan Sabtu, 19 November 2022 bagi menggalakkan rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk keluar mengundi.

Bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad, 20 November 2022 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan.

”Cuti umum ini telah diisytiharkan di bawah seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang merupakan cuti am yang diperuntukkan kepada pekerja
di sektor swasta menurut seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.

”Menurut peruntukan ini, majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti am bergaji kepada pekerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Saravanan berkata, majikan dikehendaki memaklumkan kepada pekerja mereka sama ada memilih tarikh pada 18 dan 19 November 2022 sebagai hari cuti am atau menggantikannya dengan tarikh-tarikh lain.

Sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada tarikh-tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti am. – MalaysiaGazette