Reezal Merican meninjau taman tema air dan resort yang bakal menjadi mercu tanda Kepala Batas.

SEBERANG PERAI – Taman tema air berkonsepkan ‘Moroccan’ bakal menjadi mercu tanda rekreasi baharu buat penduduk Kepala Batas menjelang pertengahan Disember ini.

Pembinaan Bertam Resort & Water Park di atas tanah seluas lebih lapan hektar milik The Maritime Water Front Suites Sdn. Bhd itu mempunyai 14 daya tarikan.

Projek pembinaan bernilai RM90 juta yang terbahagi kepada dua fasa iaitu pembinaan taman tema dan resort. Bagaimanapun pembinaan resort dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pembukaan taman tema pada pertengahan Disember ini akan menjadi ia sebagai satu tarikan kepada pelancong datang ke Pulau Pinang.

Katanya, projek bertaraf lima bintang itu juga merupakan taman tema tersohor bagi utara Semenanjung.

Reezal Merican mendengar taklimat daripada wakil Bertam Resort.

“Taman tema ini akan menggamit kehadiran para pengunjung dari seluruh Pulau Pinang termasuk dari Perlis, Kedah serta Perak Utara.

“Saya percaya inisiatif ini akan dapat membantu untuk menjana pendapatan kepada ekonomi negara terutamanya dalam sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau taman tema air berkenaan bersama pengurusan Bertam Resort & Water Park di Bertam, hari ini.

Taman tema air dikatakan telah melalui beberapa fasa percubaan dan saringan bagi memastikan keselamatan and keselesaan pelanggan.

Hadir sama, wakil Bertam Resort, Datuk Mohamed Iqbal S. Habeeb Noohu.

Mengulas lanjut Reezal Merican berkata, kewujudan Bertam Resort & Water Park ini dijangka membuka sehingga 300 peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk setempat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast