Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Laman Kerayong, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 17 NOVEMBER 2022.

BERA – “Terserah kepada dia (parti lain) buat Kabinet bayangan. Saya tak buat, mahu tumpu pilihan raya.”

Itu jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditanya tindakan sesetengah parti mengeluarkan barisan jemaah menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Apa pun, menurut Ismail Sabri, ia tidak lebih sekadar perang saikologi memandangkan mereka tidak mempunyai produk mahu diketengahkan seperti Barisan Nasional (BN).

“Macam survei semalam, ia dinafikan oleh syarikat Ilham Centre kerana ia bukan hasil survei mereka,” ujarnya lagi.

Hasil survei yang kononnya Pakatan Harapan (PH) kini mendahului sokongan itu ternyata tidak benar, katanya.

“Hari ini, mereka yakin ada Kabinet bayangan, itu perkara biasa. Bezanya kita (BN) beri penjelasan apa yang kita lakukan untuk menang berpandukan fakta sebenar seperti dari bajet.

“Jadi kita jual produk sebenar sedangkan mereka menjual produk mimpi,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast