Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah mengeluarkan satu notis kepada syarikat Invoke Solutions Sdn.Bhd berhubung pemberitahuan mengenai pemeriksaan dokumen berkaitan cukai.

Kastam berkata, pemeriksaan berkenaan berkaitan cukai perkhidmatan yang mana syarikat itu telah berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

“Pemeriksaan ke atas dokumen cukai yang akan dibuat oleh Kastam merupakan satu prosedur rutinĀ  bertujuan untuk verfikasi audit serta khidmat nasihat ke atas Pengisytiharan Penyata SST-02 yang telah dibuat oleh pihak syarikat.

“Tiada sebarang serbuan yang dibuat oleh pihak kastam ke atas syarikat Invoke Solution sehingga ke hari ini,” katanya JKDN hari ini.

Oleh itu, tambah Kastam, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur spekulasi dan khabar angin yang boleh menjejaskan kredibiliti kastam.

Pada Rabu, sebuah portal berita tempatan melaporkan bahawa pihak kastam akan menyerbu pejabat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan tindakan terbabit.

Rafizi mendakwa kehadiran dan serbuan yang dilakukan oleh SPRM di premis syarikatnya adalah bermotifkan politik semata-mata.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya hadir di pejabat syarikat tersebut bagi mengambil dokumen berkaitan siasatan ke atas syarikat ituĀ  hanyalah prosedur biasa. – MalaysiaGazette