Tan Sri Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil segala langkah bagi memastikan pengundi dapat keluar menunaikan hak serta tanggungjawab mereka dalam suasana selamat.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acrykl Sani Abdullah Sani yang menjangka proses pengundian akan berjalan lancar pada Sabtu ini berkata, pelbagai elemen telah digerakkan bagi memastikan kelancaran pada hari tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut atau spekulasi mengenai ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“PDRM akan memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan aman dan tenteram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Acrykl Sani, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang cuba menimbulkan provokasi yang boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara. – MalaysiaGazette