BERA – Sokongan sekumpulan 70 profesor Melayu (G70) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak mewakili Majlis Profesor Negara (MPN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataan G70 kononnya semua profesor sokong Anwar itu tidak benar.
“MPN telefon saya beritahu ia tidak mewakili seluruh profesor. Biasalah dalam mana-mana pertubuhan, ada sokong dan ada tak tapi tak wakili keseluruhan profesor,” katanya ketika ditemui pada Majlis Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Laman Kerayong hari ini.
Semalam sekumpulan 70 profesor Melayu tampil menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
Wan Ramli Wan Daud selaku jurucakap kumpulan itu mendakwa, Anwar mempunyai pengalaman dan integriti untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum serta meningkatkan imej Malaysia di mata dunia.
Dalam pada itu, Ismail Sabri difahamkan, MPN akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut tidak lama lagi.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Sokongan 70 profesor terhadap Anwar tidak wakili 21 juta pengundi