Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpelukan dengan calon Barisan Nasional P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin ketika hadir berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Restoran Real Tomyan, Kota Damansara. Foto FAREEZ FADZIL, 14 November 2022.

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menafikan ada memberikan pesanan berunsurkan kutukan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khairy berkata, mesej itu adalah fitnah semata-mata malah satu laporan akan dibuat beliau kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Fake (tidak benar), tak perlu sebar fitnah black ops, “source: trust me bro” macam ni. Laporan polis dan SKMM akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr. Bigger balls ini,” ciap beliau pagi tadi.

Awal hari ini tular mesej dalam aplikasi WhatsApp mengenai beberapa mesej yang didakwa dihantar Khairy.

Dalam mesej itu, mesej berkenaan berkisar tentang perbualan seorang individu dengan ‘Boss KJ’.

Ia tertera ayat ‘Destroy him in Rembau‘, u jadi polsec nanti bila I jadi PM. All I need is 5 years **** Sabri is useless and will fall.

“As TPM, I will take over and I will appoint you and those selected few who have proven their loyalty to PMO,” tulis pesanan berkenaan.

Tangkap layar itu dimuat naik pelayar Twitter 13 jam lalu.

Bagaimanapun, status berkenaan sudah dipadamkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast