Tan Sri Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingat supaya tidak mengadakan perhimpunan di tempat terbuka atau perarakan bagi meraikan kemenangan setelah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar demi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat dipelihara.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya telah menggerakkan semua elemen yang ada bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin pada hari mengundi dan pasca PRU15.

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Seramai 80,000 petugas yang terdiri daripada pegawai dan anggota akan terlibat secara langsung dalam penugasan PRU15.

Sementara itu, Acryl Sani berkata, bagi memastikan kelancaran aliran trafik, polis telah melaksanakan Ops Lancar dengan tumpuan diberikan kepada lokasi-lokasi strategik yang kerap berlaku kesesakan lalu lintas. – Malaysiagazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast