Rafizi Ramli

SEPANG – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Pas yang berada dalam Perikatan Nasional (PN) tidak berminat untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Ia kerana Pas tidak yakin PN yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat membentuk kerajaan pasca PRU15.

“Pas tidak ada niat untuk menang dan bentuk kerajaan dengan PN kerana Pas tahu PN tak akan bentuk kerajaan. Sebab itu Pas bertanding di Kelantan, Terengganu dah Kedah pakai logo sendiri,” katanya dalam ceramah mega Ayuh Malaysia Kita Boleh di Padang Bolasepak Desa Pinggiran Putra, malam tadi.

Hadir sama adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga calon PH bagi Parlimen Port Dickson, calon PH bagi Parlimen Putrajaya, Dr A Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz dan calon PH Sepang, Raj Muni Aiman Athirah Sabu.

Malah dakwa Rafizi, Pas mahu membentuk kerajaan bersama-sama UMNO sebagaimana yang disebutkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini.

“Niat mereka sebenarnya berlakon depan dan marah dekat UMNO tapi lepas PRU15 mereka (Pas) nak bersatu balik dengan UMNO untuk bentuk kerajaan,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan memetik kenyatana Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Pas sedia untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan campuran selepas PRU15.

Dalam pentas yang sama, Aminuddin menyifatkan negara ini telah diperintah okeh ‘orang tua munafik’ semasa Malaysia ditadbir oleh PH.

Tanpa menyebut nama, beliau berkata, ‘orang tua munafik’ itu enggan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lupakan 22 bulan kerana ketika itu kita ditadbir oleh orang tua yang cukup munafik bagi saya bila dia tidak menunaikan janji.

“Kalau kita tadbir oleh Anwar, saya yakin bahawa kerajaan PH akan lebih baik,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mmg lah ko Rapiji kaki fitnah akan kata PH menang…tak kan ko nak kata org lain plak menang..haaa..Yg Aminudin bebal ni…90 peratus yg bertanding balik ialah org yg sama..Mat Sabu, Guan Eng, Wan Azizah…ni semua menteri2 bahalol masa 22 bulan..skrg nak salahkan Medey sorang? aiyooook

Comments are closed.