Calon Barisan Nasional P.115 Batu, Datuk A.Kohilan Pillay dengan Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu, Raja Sara Petra menyantuni pengundi pada hari terakhir berkempen sambil menyerahkan risalah kempen semasa mengadakan walkabout Flash Mob sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di UTC Sentul, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pertembungan 10 penjuru di Parlimen Batu mempu memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional, Datuk A. Kohilan Pillay untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu, Raja Sara Petra Kamaruddin berkata, beliau tidak mahu terlampau yakin namun berdasarkan maklum balas pengundi, BN mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi Parlimen itu.

Jelasnya, rakyat mula menolak Pakatan Harapan (PH) dan calon Bebas yang juga bekas pemimpin PKR, Tian Chua.

Ketua Puteri UMNO Batu, Raja Sarah Raja Petra . Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 NOVEMBER 2022.

“PRU kali ini berbeza berbanding PRU14 kerana ketika itu berlaku gelombang besar menolak BN menerusi PH, tetapi lain pula senario kali ini.

“Pada PRU15, kita menerima getaran positif dari seluruh negara termasuk di Batu. Kali ini pengundi tidak lagi menghalau kami ketika BN berkempen sebaliknya mereka mesra dan mendengar kami.

Calon Barisan Nasional P.115 Batu, Datuk A.Kohilan Pillay menyantuni pengundi pada hari terakhir berkempen.

‘Secara keseluruhannya BN berjaya mengubah imejnya berbanding PH yang masih tak berubah dengan tohmahan dan serangan fitnah terhadap lawannya,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Raja Sara berkata, kali ini BN memainkan peranan besar iaitu turun mendidik pengundi khususnya pengundi muda cara untuk mengundi, kaedah untuk menilai wakil rakyat, warna politik serta kewibaan seseorang calon dan manifestonya.

Terdahulu, Raja Sara bersama jentera Puteri BN mengadakan flash mob dengan calon BN serta mengedar risalah kempen kepada pengundi di Pusat Transformasi Bandar, Sentul Utama. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast