Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi Parlimen Padang Serai adalah pada 7 Disember ini.

Dalam kenyataan ringkasnya, suruhanjaya itu memaklumkan, tarikh penamaan calon adalah pada 24 November manakala undi awal 3 Disember ini.

Pilihan raya Parlimen Padang Serai ditunda ke tarikh baru susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya dua hari lalu dipercayai akibat serangan jantung.

Mendiang yang bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini merupakan penyandang parlimen tersebut.