Orang ramai cuba membantu Sh Juhara Syed Mohamad yang mengalami sesak nafas selepas mengundi di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang warga emas, Tumirah Ambiah, untuk mengundi tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk, Paloh  hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, dalam kejadian jam 10.21 pagi ini mangsa sedang menunggu giliran untuk mengundi di saluran satu.

Katanya, kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di tempat kejadian mengesahkan kematian wanita itu.

“Kakitangan KKM mengesahkan kematian pegawai hospital selepas ambulans tiba di tmpat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pengundi, Sh Juhara Syed Mohamad, 57, turut dilaporkan meninggal dunia di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, dekat sini, pada jam 9.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, She Juhara meninggal dunia selepas mengundi di saluran satu bagi Parlimen Pulai.

“Kematian mangsa dilaporkan berlaku selepas mengundi setelah mangsa mengalami sesak nafas.

“Pengundi hadir ke saluran satu dalam keadaan tidak sihat hasil pemerhatian petugas saluran, tapi ingin meneruskan pengundian,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. inalillah dan al fatihah…..PEDULI APA bagi ANWARFIKUN yg gelojoh jd p em…HINGGA SANGGUP potong barisan yang beratur panjang.

    belum jadi p em…AKHLAK SOMBONG DAN GILA KUASA MENYERLAH

Comments are closed.