Wee Ka Siong ECRL
Wee Ka Siong

AYER HITAM – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendahului jumlah undi di Parlimen Ayer Hitam.

Setakat pukul 9 malam, Ka Siong yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) mendahului sebanyak 2,301 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH) Sheikh Umar Bagharib Ali .

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ka Siong memperoleh 17,506 undi manakala, Sheikh Umar mendapat 15,205 undi.

Manakala, calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Syafiq A. Aziz mendapat 10,855 undi setakat ini. – MalaysiaGazette