Acryl Sani semasa melakukan tinjauan kelancaran hari mengundi di beberapa kerusi panas sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau telah menghubungi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, malam tadi untuk bersiap sedia.

“Dakwaan yang dibuat Anwar Ibrahim itu tidak benar sama sekali.

“(Namun) saya tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadapnya, mungkin beliau tersilap cakap ketika terlalu ghairah berceramah,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Gombak, hari ini.

Terdahulu tular satu klip video yang memaparkan Presiden PKR itu mendakwa PH bakal memenangi 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan Ketua Polis Negara sudah menghubunginya.- MalaysiaGazette