Calon Barisan Nasional P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin beramah mesra ketika melawat proses undi pada Hari Pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di SK Seksyen 7 Kota Damansara, Petaling Jaya. Foto FAREEZ FADZIL, 19 November 2022.

SUNGAI BULOH – Kehadiran calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh ketika meninjau proses pengundian di SK Seksyen 7, Kota Damansara hari ini mencuri tumpuan pengundi.

Kehadiran Khairy Jamaluddin lebih kurang jam 11.50 pagi tadi bagai ditunggu-tunggu oleh pengundi-pengundi.

Beliau bukan sahaja disapa oleh para pengundi tetapi diajak untuk berswafoto.

Selain di pusat pengundi ini, difahamkan beliau turut melawat di tempat-tempat lain.

Untuk rekod, sebanyak 10 saluran dibuka di pusat mengundi tersebut.

Khairy Jamaluddin beramah mesra ketika melawat proses undi pada Hari Pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di SK Seksyen 7 Kota Damansara, Petaling Jaya. Foto FAREEZ FADZIL, 19 November 2022.

SK Seksyen 7, Kota Damansara itu salah satu daripada 28 pusat mengundi di Parlimen Sungai Buloh.

Setiap saluran di pusat mengundi itu mempunyai lebih 600 daftar pemilih.

Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pada pilihan raya kali ini.

Selain Khairy, calon lain yang bertanding ialah R Ramanan (PH); Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional); Mohd Akmal Yusoff (Pejuang); Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia) dan dua calon Bebas masing-masing, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, serta Nurhaslinda Basri. -MalaysiaGazette

MalaysiaGazette