Muhyiddin dan Syed Saddiq mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing pada PRU15

KUALA LUMPUR- Setakat jam 11 malam ini, dua ketua parti berjaya mempertahankan parti masing-masing.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh buat penggal kesembilan.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berjaya meraih 24,986 undi dengan majoriti 10,007 undi mengalahkan dua pencabarnya, Iskandar Shah Abd Rahman (14,979) dan Datuk Seri Razali Ibrahim (14,426).

Manakala Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula mempertahankan kerusi Parlimen Muar buat kali kedua.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu meraih 19,961dengan majoriti  13,236 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, Mohd. Helmy Abd. Latif dan calon Perikatan Nasional, Ustaz Abdullah Husin.- MalaysiaGazette