Penjelasan SPR berhubung gangguan di portal dan aplikasi MySPR

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan gangguan di  aplikasi dan portal MySPR disebabkan hits yang terlampau tinggi sehingga 2.5 juta sesaat.

Suruhanjaya itu dalam satu ciapan di media sosial berkata, pihaknya telah memaksimakan penggunaan server yang ada bagi mengatasi masalah itu.

“Sebagai alternatif para pengundi boleh mendapatkan maklumat pengundian sama ada dengan menelefon talian hotline SPR di 03-88927218 atau menyemak di barung SPR di semua pusat mengundi,” katanya.

Ramai pengundi merungut kerana Portal dan aplikasi MySPR tidak boleh diakses dan menyebabkan mereka sukar menyemak butiran penting berkaitan hari pengundian.- MalaysiaGazette

 

Artikel berkaitan

 

SPR sila jawab mengapa laman web sukar diakses?