Foto: Tangkap layar daripada video yang diciap @terresPenquista

LIMA – Sebuah pesawat milik Latam Airlines merempuh sebuah jentera bomba ketika berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chavez, di sini, mengakibatkan dua anggota terbunuh.

Video yang viral di laman media sosial menunjukkan pesawat tersebut hilang kawalan pada kelajuan tinggi itu terbakar sebelum berhenti.

Tiada penumpang dan kru pesawat terbunuh, kata syarikat penerbangan itu menerusi akaun Twitter.

Seorang anggota bomba berusia 31 tahun berada dalam keadaan kritikal, menurut Pengarah Eksekutif Hospital EsSalud, lapor BBC.

Kementerian Kesihatan Peru berkata, seramai 20 penumpang dirawat kerana mengalami kecederaan yang mana dua daripada mereka cedera teruk, lapor BBC.

Adalah tidak jelas mengapa jentera bomba itu memasuki landasan ketika pesawat yang menuju bandar Juliaca tersebut berlepas.

Pada sidang akhbar, Ketua Pegawai Eksekutif Latam, Manuel Van Oordt berkata, pesawat tersebut telah mendapat kebenaran untuk berlepas.

“Kami tidak tahu mengapa (jentera bomba) berada di sana. Kami tidak memiohon perkhidmatannya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast