Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Foto HAZROL ZAINAL, 13 SEPTEMBER 2022.

SUBANG JAYA – Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima laporan berhubung salah faham melibatkan penutupan pusat mengundi lebih awal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil langkah itu kerana pusat pengundian berkenaan tiada pengundi.

“Namun begitu, terdapat sebilangan pengundi yang datang lambat. PDRM menyerahkan kepada SPR untuk memberi penjelasan lanjut berhubung insiden itu,” katanya selepas meninjau keadaan di pusat pengundian Parlimen Subang di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor, USJ, di sini hari ini.

Dalam pada itu, polis juga katanya menerima laporan berhubung kekecohan di pusat pengundian di Ulu Yam melibatkan seorang lelaki kurang siuman.- MalaysiaGazette