Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Menara Dato' Onn berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Alasannya beliau belum meneliti lagi keputusan terkini pilihan raya.

“Saya belum tengok lagi keputusan, jadi saya tidak boleh ulas,” katanya kepada media ketika memasuki perkarangan Menara Dato’ Onn malam ini.

Difahamkan semua pemimpin utama UMNO sudah memasuki Menara Dato’ Onn dan sedang mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – MalaysiaGazette