Foto Facebook Tauffiq.

KUALA LUMPUR – Penjaga gol utama Sarawak United FC (SUFC), Tauffiq Ar Rasyid mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong bola sepak Bumi Kenyalang selepas kontraknya tidak lagi disambung untuk musim depan.

Ucapan perpisahan itu dibuat melaui akaun Facebook miliknya, semalam.

“Salam Jumaat, dengan rendah diri, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengurusan Sarawak United FC, barisan jurulatih dan staf-staf serta rakan sepasukan yang sama-sama menempuh perjalanan suka duka pada tahun yang sangat mencabar buat pasukan ini.

“Saya mendoakan kejayaan buat semua untuk masa akan datang. Semoga kalian dan semuanya terus sukses serta lebih berjaya pada masa akan datang,” tulisnya.

Pemain berusia 26 tahun itu mengikat kontrak bersama SUFC pada 9 Januari lalu. – MalaysiaGazette