perjumpaan khas UMNO
Logo UMNO di Menara Dato Ona, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Sebarang rundingan membabitkan Barisan Nasional dengan mana-mana gabungan parti politik bagi menyelesaikan masalah Parlimen tergantung perlu mengambil kepentingan jangka panjang UMNO dan komponen itu.

Datuk Seri Najib Razak memberi pesanan itu melalui anaknya, Nooryana Najwa ketika mengadakan perjumpaan keluarga pagi tadi.

Dalam nasihatnya, bekas Perdana Menteri itu menasihatkan sebarang rundingan ini perlu mengenepikan perbezaan sentimen dan perlu mengambil kira pendapat semua ahli Parlimen BN yang berjaya pada PRU15.

Semasa pertemuan itu, Nooryana menyampaikan rasa amat rindu kepada sahabat-sahabatnya dalam BN.

Beliau turut menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN adalah parti keramat yang pasti akan bangkit semula. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. PARTI UMNO DAH HAMPIR DIKUBURKAN SEMALAM….MASIH TIDAK INSAF.F..BETULLAH JANGKAAN RAMAI PRU 15 HANYA UTK LEPASKAN DIRI ZAHID MUNAFIK DARI KLUSTER RASUAH ISMAIL SABRI JADI KAMBING HITAM….MUNAFIK ZAHID TERSERLAH PRN JOHOR LANTIK HASNI SEBAGAI MB

    DENGAN BERSAMA PAKATAN HANCING KESNYA LEPAS……
    MUNAFIK ANWAR DAN ZAHID BERSEKONGKOL ALLAH MAHA TAHU ISIHATI MUNAFIK INI SEBAB KIFARAHNYA BN GAGAL SEMALAM

    AKUJANJI TERSEBUT KERANA ZAHID MUNAFIK YAKIN SAPU BERSIH PRU SEMALAM

    • Jgn bimbang, balasan Allah akan tiba. seawal awalnya tahun depan. Kita lihat saje lah nanti bagaimana Malaysia melepaskan diri dari masalah ekonomi dunia.

  2. PAS, UMNO, GPS, Bersatu, kesemua punyai musuh yg sama DAP, oleh itu hormatilah hasrat akar umbi utk tidak bekerjasama dengan parti tersebut. 22 bulan yg penuh kerosakan. Janganlah dibuai dan tergoda dgn kata2 manis godfather mereka…

Comments are closed.