MUDA PH Kit Siang COVID-19 Muhyiddin golden son kadazan
Lim Kit Siang

IPOH – Pemimpin vateran DAP Lim Kit Siang mencadangkan supaya Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan parti di Sabah dan Sarawak bergabung membentuk sebuah kerjasama.

Kit Siang turut mencadangkan supaya kerajaan campuran berkenaan dipimpin oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Kerajaan gabungan itu menurut beliau bagi memulihkan kemerosotan negara dan menjadikan Malaysia hebat bertaraf dunia dan untuk melawan rasuah.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai sebuah Parlimen tergantung selepas pengundian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 semalam.

Melalui kerjasama 82 Ahli Parlimen PH, 73 Ahli Parlimen PN dan 35 Ahli Parlimen Borneo sudah tentu negara mempunyai kerajaan yang kuat.

“Gabungan untuk menjadikan Malaysia hebat ini akan mempunyai 190 orang Ahli Parlimen, yang melebihi dua-pertiga dari 222 kerusi Parlimen.

“Dan boleh meminda Perlembagaan Malaysia untuk mengembalikan hak-hak Sarawak dan Sabah kepada seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963,” tulis beliau dalam blognya.

Sebelum PRU15 berlangsung, Kit Siang menegaskan, antara perjuangan awal beliau selepas bersara politik adalah untuk memastikan Anwar menjadi perdana menteri.

Sementara itu Kit Siang berkata, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Ahmad Zahid perlu memberi ruang untuk UMNO dan Barisan Nasional untuk kembali kepada prinsip asal pembinaan negara yang dipegang oleh empat orang presiden terawal UMNO.

“Saya telah mulakan perjalanan politik saya 57 tahun yang lepas dalam hari-hari hegemoni UMNO, di mana keretakan kecil sudah menjadi satu krisis nasional.

“Pilihan Raya Umum ke15 semalam mungkin kelihatan seperti satu bencana untuk Malaysia.

“Tetapi ia sepatutnya dilihat sebagai pemangkin untuk Malaysia menjadi sebuah negara normal, yang hebat dan bertaraf dunia,” kata Kit Siang dalam blognya.

BN yang dipimpin oleh Ahmad Zahid ditimpa kekalahan terburuk dalam pilihan raya sepanjang kewujudan parti itu.

Parti itu gagal mempertahankan sejumlah besar kerusi yang dimenangi mereka pada PRU14 lalu.

BN tewas semua kerusi Parlimen yang ditandingi mereka di Perlis, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Melaka, termasuk tewas di banyak kerusi kubu kuatnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.