Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM – Pusat Media Utama Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di sini, bergema dengan laungan Abah oleh calon dan penyokong parti sebaik keputusan rasmi diumumkan Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kerusi Parlimen Pagoh.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung dari Pusat Penjumlahan Undi Pagoh menerusi skrin di Pusat Media Utama PN di sini, kira-kira jam 11.30 malam ini.

Muhyiddin memperoleh 24,986 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah yang mendapat 14,979 undi dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim yang hanya mendapat 14,426 undi.

Muhyiddin bagaimanapun tidak hadir di Pusat Media Utama di sini kerana difahamkan sedang mempengerusikan mesyuarat dengan pimpinan Parti Bersatu berikutan kematian calon DUN Tioman, Md. Yunus Ramli, awal pagi tadi.

Namun, yang hadir ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. – MalaysiaGazette