Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Muhammad bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Menteri Pendidikan itu memperoleh sebanyak  16,491 undi manakala Hasni meraih sebanyak 18,312 undi.

Hasni yang juga Pengerusi BN Johor menang dengan majoriti 1,821 undi.

Sementara itu, Calon Perikatan Nasional (PN),  Fazrul Kamat memperoleh  9,077 undi manakala calon Parti Pejuang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA), Kamal Kusmin dengan 251 undi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hasni dahului Maszlee di Simpang Renggam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast