Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

IPOH – Beberapa nama besar dan popular yang bertanding di kerusi Parlimen Perak tewas dalam tsunami anak muda yang melanda pada Piliah Raya Umum ke-15.

Dua presiden yang mewakili parti masing-masing iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menang di Bagan Datuk (16,578) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Tambun (45,649).

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad (33,753) menang di Bukit Gantang (33,753), Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menang di Larut (28,350).

Turut menang Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Dr. Shamsul Anuar Nasarah (12,588) dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan di Parlimen Tapah (18,398).

Juga menang Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming di Teluk Intan (33,133), Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Howard Lee Chuan How di Ipoh Timur (57,549) dan Naib Presiden DAP, M. Kulasegaran di Ipoh Barat (63,915).

Presiden MIC, Tan Sri SA. Vigneswaran pula tewas di Sungai Siput (19,791), Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (40,506) di Tambun, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zamry Abs. Kadir di Lumut (24,849).

Juga tewas Pengerusi MCA Perak, Dr. Mah Hang Soon di Tanjung Malim (20,963), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tewas di Gerik (13,728) dan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa di Parit Buntar (17,828).

Juga tewas Nik Omar Nik Aziz yang bertanding di Pasir Salak (11,693), Khairul Anwar Harun di Pasir Salak, Dr. Hatta Ramli di Lumut (20,356) dan bekas Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Samsul Iskandar di Bagan Datuk (16,230).

Perikatan Nasional menang 10 kerusi Parlimen, Pakatan Harapan (10) dan BN (3).

Jumlah undi sebuah lagi Parlimen masih lagi dalam kiraan.-MalaysiaGazette