Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional akan berunding dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang kini masih tergantung berikutan tiada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu juga menerima mana-mana parti yang bersedia mengikut perjuangan PN.

PN menang 73 kerusi Parlimen termasuk 22 calon yang menggunakan logo Pas di Kelantan dan Terengganu.

“Ada enam kerusi lagi belum selesai pengiraan, tetapi kita yakin dapat merealisasikan hasrat kita untuk menubuhkan kerajaan secepat mungkin.

“Terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia terutama undi muda dan jentera PN yang bekerja kuat untuk mencapai kemenangan luar biasa ini,” katanya.

Ditanya sama ada PN akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, Muhyiddin menjawab: ‘No PH, tetapi dengan parti lain boleh”.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang awal pagi ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, pihaknya juga ada menerima surat dari Istana Negara namun enggan mendedahkan kandungan surat tersebut.

Beliau berharap rundingan dengan GRS dan GPS serta pihak lain yang berkaitan akan dapat diselesaikan supaya kerajaan dapat dibentuk sebelum petang esok.

Sementara itu, Borneo Post melaporkan GRS dan GPS akan membentuk Blok Borneo yang akan memainkan peranan dalam pembentukan kerajaan Persekutuan demi kestabilan rakyat.

Ketua Menteri Sabah, Hajiji noor berkata, beliau telah berbincang dengan Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkaitan perkara tersebut dan mencapai kata sepakat.

Bagaimanapun, katanya, GRS belum memutuskan gabungan yang mana untuk mereka bekerjasama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. insaflah jika kamu berpecah belah TERIMALAH AKIBATNYA….kembalilah pada jalan ALLAH untuk muafakat bersatu.

    WAHAI umat melayu UMNO terimalah hakikat KESOMBONGAN BURUK AKHLAK PEMIMPIN KAMU telah memakan diri kamu YANG.pernah Labelkan para PARTI LEBAI makan DUA KOLAM…PADAHAL MEREKA ingin memimpin kearah penyatuan ummah membuang yg keruh mengambil yang jernih LAKSANA bayi yang baru dilahirkan seperti kain putih

    PARTI LEBAI dizalimi PULUHAN TAHUN pelbagai rupa sekatan /buang daerah dipecat/tukar serta merta malahan ada yang dibunuh MEMALI…tetapi DEMI ALLAH untuk kembali silaturahim LUPAKAN SEGALA PERISTIWA HITAM

    lupakah UMNO yg kecundang PRU14….LEBAI2 inilah hulurkan tangan serban mereka dari kamu lemas dalam kolam.KITA mencipta kemenangan bersama 7 prk dan MENGWUJUDKAN MUAFAKAT NASIONAL…TETAPI UMNO MASIH EGO DAN BERDENDAM pada BERSATU Selepas PRN MELAKA DAN JOHOR atas alasan KHIANAT. malahan memberi 3 SYARAT untuk PARTI lebai BERSAMA UMNO
    BERSATU bukan KHIANAT tetapi mereka BERHIJRAH dari usus dan kepompong KEMUNGKARAN pimpinan////MAKA INSAFLAH SEMUA…hANYA KERAJAAN ALLAH YANG KEKAL ABADI

Comments are closed.