Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh Hamzah yang diumumkan tewas di Parlimen Gua Musang akan membantah keputusan yang diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan tersebut.

Menurut satu kenyataan, bantahan tersebut dilakukan berikutan wakil Tengku Razaleigh telah dinafikan haknya untuk perkiraan semula berdasarkan lunas undang-undang walaupun majoriti kurang daripada empat peratus.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penyandang kerusi Parlimen Gua Musang 12 penggal itu kalah tipis kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Azizi Abu Naim dengan majoriti 163 undian.

Mohd. Azizi yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang meraih 21,826 undi diikuti Tengku Razaleigh dengan 21,663 undi manakala calon Putra-Pejiang, Dr Samsu Adabi (371 undi).

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast