Fenomena air pasang besar dijangka melanda daerah Klang mulai esok hingga 27 November ini.

SHAH ALAM – Klang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga esok berikutan fenomena air pasang dijangka berlaku di daerah itu.

Fenomena itu dijangka berlaku enam hari sehingga 27 November ini, yang mana menurut Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDTK) berisiko menyebabkan banjir dan runtuhan ban.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua penduduk sentiasa peka dengan keadaan semasa alam sekeliling.

Penduduk juga diingatkan agar sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya keadaan memerlukan mereka berpindah atau sebaliknya.

Air pasang besar menyaksikan paras air laut tertinggi bermula jam 4.33 petang esok ialah 5.1 meter, diikuti 5.2 meter pada jam 5.15 petang 23 November dan 5.5 meter pada jam 5.55 petang 24 November.

Manakala paras air laut tertinggi pada 25 November ialah 5.3 meter pada jam 6.35 petang, diikuti 5.2 meter pada jam 7.13 malam 26 November dan 5 meter pada jam 7.52 malam 27 November.

Serentak itu juga Bilik Gerakan Bencana daerah Klang akan dibuka dalam tempoh tersebut dan orang ramai boleh menghubungi di talian disediakan.

Talian perhubungan bencana daerah Klang ialah PDT Klang 03-3371 6700, PDT Klang (Whatsapp 24 jam) 010-869 1067, MPK 03-3375 8845, Pantas MPK 03-3370 1095, Pantas MBSA 03-5510 5811, PDRM Klang Selatan 03-3372 2222, PDRM Klang Utara 03-3291 3344 dan PDRM Shah Alam 03-5520 2022.

Orang ramai juga boleh menghubungi Jabatan Bomda dan Penyelamat di talian 03-3168 4444, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR 24 jam) 03-3371 7989, APM 03-3371 0816, JKM 03-3341 3703, JPS 03-3371 2464, JKR 03-3371 4040 dan PDK Klang 03-3323 9554. – MalaysiaGazette