Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 21 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara, di sini, pukul 4.17 petang selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Ismail Sabri dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas pada pukul 2.50 petang tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan dengan tingkap terbuka kelihatan berada dalam keadaan tenang.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di mana keputusan menunjukkan tiada parti mendapat majoriti mudah 112 kerusi pada Sabtu lalu.

Al-Sultan Abdullah ketika bertemu petugas media bertitah, agar semua pihak bersabar dan bertenang dalam berdepan kemelut pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Baginda juga meredakan keadaan apabila berkata, pentadbiran negara ketika ini berjalan seperti biasa kerana kerajaan peralihan masih berfungsi.

“Harap bersabar dan ambil masa sikit. Kita kena banyak bersabar dan bertenang .

“Kerajaan caretaker masih ada dan berjalan seperti biasa.

“Saya tidak akan buat kenyataan dan ikutlah kenyataan yang dikeluarkan dari Istana Negara dalam masa terdekat ini,” katanya kepada pengamal media di luar Istana Negara Pintu 2 di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast