Pendaftar pemilih dalam Parlimen Baram, Sarawak akan keluar mengundi hari ini.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan proses pengundian bagi Parlimen Baram, Sarawak yang ditangguhkan Sabtu lalu, akan diadakan hari ini.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, proses pengundian Parlimen itu yang sepatutnya diadakan serentak di seluruh negara Sabtu lalu ditangguhkan berikutan tidak mengizinkan waktu itu.

“Justeru, SPR menetapkan hari pengundian bagi kerusi Parlimen Baram, Sarawak pada hari ini, 21 November 2022,” katanya katanya dalam kenyataan hari ini.

SPR sebelum ini, menggantung pengundian di 11 pusat mengundi di Parlimen Baram kerana keadaan cuaca tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

Pusat tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah (Saluran 1 & 2); SK Long Luteng (Saluran 2); RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah Saluran (1 & 2) dan SK Long Sait (Saluran 2).

SK Long Tungan Saluran (1 & 2); SK Long Moh Saluran (1 & 2); SK Long Mekabar (Saluran 1); SK Long Jekitan Saluran (1 & 2); SK Long Lamei (Saluran 2); SK Lio Mato Saluran (1 & 2) dan SK Long Banga Saluran (1 & 2).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani dilaporkan berkata, tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian. – MalaysiaGazette