KUALA LUMPUR – Berbaki hanya enam bulan sahaja lagi, orang ramai diminta merebut peluang menyertai kempen popular MBSB Bank – Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0.

Kempen ini telah berlangsung sejak 1 September 2022 dan berakhir 31 Mei 2023.

Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 ini merupakan kesinambungan kempen pertama yang berakhir 31 Mei 2022 yang lalu .

Kempen ini menerima penyertaan secara automatik pemegang Akaun Semasa-i atau Simpanan-i PrimeWin (CASA-i) MBSB Bank dengan deposit minimum RM100.

Pastinya, hadiah-hadiah lumayan bernilai RM2.4 juta bagi kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 ini mengujakan kerana terdapat lebih daripada satu kereta mewah menanti pemenang-pemenang bertuah.

Terdapat juga hadiah-hadiah lain lagi yang tidak kurang istimewanya iaitu motosikal, thermomix, telefon pintar dan wang tunai.

Lebih menarik lagi, kali ini pelanggan akan ditawarkan hadiah mengikut kumpulan umur peserta yang berbeza, bermakna, setiap pemenang berpeluang memenangi hadiah mengikut gaya hidup masing-masing.

Penyertaan Simpan Berganda, Menang Bergaya ini terbuka secara automatik kepada pelanggan sedia ada MBSB Bank, selain pelanggan-pelanggan baharu.

Kepada pelanggan baharu, mereka boleh datang ke mana-mana 47 cawangan MBSB atau melalui permohonan secara dalam talian M FAST untuk membuka akaun masing-masing manakala untuk pelanggan sedia ada, kempen Simpan Bergaya, Menang Berganda 2.0 ini mengalakkan mereka menambah deposit masing-masing. – MalaysiaGazette

Sila layari: MBSB Bank

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast