Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Mesyuarat Khas Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya Dewan Tertinggi Barisan Nasional mempunyai kuasa untuk memutuskan sokongan bagi pembentukan kerajaan Persekutuan.

Naib Presiden UMNO itu menegaskan, kesemua ahli Parlimen bertanding atas tiket BN dan bukannya UMNO.

Oleh itu, keputusan perjalanan pembentukan kerajaan mesti ditentukan oleh Dewan Tertinggi dan bukannya biro politik UMNO.

Katanya, Dewan Tertinggi BN sepatutnya bermesyuarat malam tadi namun ia telah dibatalkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Hotel Seri Pacific pagi ini.

Berita lanjut menyusul.  – MalaysiaGazette