KUALA LUMPUR – Tidak timbul soal untuk mengugurkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam semua perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya hanya menekankan soal tadbir urus yang baik, mewujudkan perpaduan dan memulihkan ekonomi negara.
“Tiada sebarang rujukan dibuat terhadap presiden (BN) atau pertuduhan yang dijangkakan.
“Kita menekankan tadbir urus perpaduan, kerajaan perpaduan juga yang dipersetujui bersama dan fokus kepada ekonomi.
“Saya ingin menjelaskan dengan sangat jelas, ia langsung tidak dibangkitkan sama ada dalam mesyuarat peribadi mahupun mesyuarat rasmi,” katanya pada sidang media di Hotel Seri Pasific, di sini, hari ini.
Terdahulu Anwar bersama beberapa pimpinan tertinggi PH mengadakan pertemuan empat mata dengan Jawatankuasa Perundingan BN yang diketuai Ahmad Zahid.
Hadir sama Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiauaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Ditanya tentang nasib pimpinan BN yang terpalit dengan kes mahkamah apabila PH membentuk kerajaan, Anwar berkata, ia tidak kaitan sama sekali.
“Mahkamah, mahkamah laaa, dia tidak terikat dengan apa yang dipersetujui oleh kerajaan.
“Kerajaan, kerajaan laa, badan kehakiman harus bebas.
“Jangan dikaitkan di antara proses mahkamah yang harus bebas daripada eksekutif,” katanya. – MalaysiaGazette
ye la tu.. kalau takda jaminan apa2, takkan la wak jahid beria2 menggelupur nak sokong DAP tu