Annuar Musa

KUALA LUMPUR – UMNO yang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) tidak perlu ‘meminta sedekah’ kepada mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan, kata Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, UMNO perlu lebih bermaruah daripada dengan mengambil pendirian kekal sebagai pembangkang di Dewan Rakyat.

“Rakyat tak beri mandat, kita sedia berikan peranan sebagai pembangkang. Biarlah kami teruskan jadi pembangkang dan siapa nak buat kerajaan teruskan. Pada saya, UMNO tak perlu jadi peminta sedekah kepada sesiapa. 

“Kalau kita masuk sebagai minoriti dalam mana-mana kecuali kalau mereka nak ajak kita bergabung, PM adalah daripada UMNO, PH nak nak tawarkan PM (daripada) UMNO kami mungkin akan sokong,” katanya dalam sidang media bersama lebih 40 Ketua-ketua UMNO Bahagian, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar turut berkata, BN seharusnya terima mandat yang diputuskan oleh rakyat untuk menjadi pembangkang bermaruah dan berwibawa.

“Kami berpendirian bahawa UMNO tidak perlu merangkak untuk duduk dalam kerajaan, kita redha menjadi pembangkang bagi membela rakyat.

“Bila rakyat sudah beri mandat, kita sedia untuk bawa peranan itu dan biarkan parti yang mendapat banyak kerusi untuk buat kerajaan.

“Tetapi kalau masuk (bergabung) sebagai menempel, tak perlulah sebab kami yakin kami boleh betulkan parti ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nj semua yg jenis tak puas hati tak terpilih sbg calon..masa PRU muka2 ni lah yg kempen dari dalam utk hancurkan UMNO & BN utk naikkan Muhyidin..yelah dah sedap jd menteri kan…bagus lah DS Zahid gugurkan

Comments are closed.